‘Aku tak akan mencipta kebahagiaan di atas air mata perempuan lain’ merupakan antara dialog ‘makan dalam’ yang dituturkan oleh Meirose dalam filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2).

Dialog yang diungkapkan oleh aktres Raline Shah itu mendapat perhatian penonton sehingga mereka berkongsi semula kata-kata itu di laman sosial Twitter.

Selain itu, banyak lagi reaksi positif yang diberikan oleh penonton selepas menyaksikan SYTD2 di pawagam.

Rata-rata penonton merasakan kesedihan yang ditonjolkan oleh pelakon SYTD2 dan mengalirkan air mata selepas menonton filem tersebut.

SYTD2 yang menemui penonton 16 Februari 2017 lalu masih rancak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan kini mengutip RM3 juta.

Filem SYTD2 yang bergenre drama ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri Pras (Fedi Nuril) dan Arini (Laudya Cyhthia Bella) kembali meneruskan kehidupan bersama puteri mereka, Nadia (Sandrina) setelah isteri kedua Meirose (Raline Shah) membawa diri. Arini mendapat undangan ke Budapest, Hungaria untuk mempromosikan bukunya.

Tanpa diduga, takdir menemukan mereka sekeluarga bersama Meirose dan anaknya Akhbar (Keefe). Pemergian Meirose bersama Akhbar dahulu adalah untuk mula hidup baru demi melupakan masa lampau yang hampir menghancurkan rumahtangga Arini.

Meskipun Meirose masih menyanjung dan menyintai Pras, tetapi dia tekad untuk diceraikan. Namun, pertemuan semula dengan Arini membuatkan dia berbelah bahagi kerana wanita mulia itu mengharapkan Meirose kembali ke pangkuan Pras.

Malah, kehadiran Doktor Syarief (Reza Rahadian) dalam hidup Meirose turut menimbulkan tanda tanya. Apakah kesudahan kisah mereka? Sejuta pertanyaan dan kejutan akan mewarnai SYTD2.

Layari laman sosial www.facebook.com/AstroShaw serta laman sosial Twitter, Instagram dan Youtube AstroShaw untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #SYTD2 bagi menghebahkan lagi keterujaan filem ini.

Di bawah, Astro Gempak kongsikan antara komen positif netizen mengenai filem SYTD2:










Teks oleh: Kamaruddin Razal