Pelakon Korea, Han Groo dilaporkan selamat melahirkan bayi kembar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh sumber terdekat pihak aktres tersebut.

Menurutnya, Han Groo dan bayi kembarnya itu berada dalam keadaan sihat.

"Desas-desus yang mengatakan Han Groo selamat melahirkan bayi adalah benar.

"Dia dan kembarnya sihat dan kini dalam proses berpantang.

"Mengenai kerjaya lakonan, kami masih belum dapat pastikan bila dia akan kembali berlakon.

"Memandangkan dia baru saja melahirkan anak rasanya masih terlalu awal untuk membincangkan tentang perkara ini," ujarnya.

Han Groo telah mendirikan rumah tangga pada November 2015.

Olahan oleh: Mya Amri
Sumber: Soompi