Ramai di antara kita terutamanya masyarakat moden masa kini gemar menggunakan water heater atau air panas ketika mandi. Tapi tahukah anda bahawa mandi menggunakan air sejuk ada banyak kelebihan berbanding air panas?



1.Mengurangkan Stress
Kajian mendapati bahawa air sejuk dapat membantu melegakan tubuh anda ketika mandi. Apabila air sejuk disiram ke badan, ia dapat membantu melegakan badan dan memberi kesegaran terhadap tubuh badan anda.



2. Kesuburan Lelaki
Tahukah anda bahawa air sejuk dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan para jejaka? Mungkin ramai yang tidak menyedari akan kebaikan ini, namun kajin mendapati bahawa air suam/panas amat tidak baik untuk testis anda kerana ia akan menurunkan jumlah sperma. Jika anda berancang untuk memiliki zuriat, sauna dan spa adalah tempat yang patut anda elakkan.

3. Meningkat Tahap Metabolisme
Kebiasaannya ketika badan berasa sejuk, pasti seseorang itu akan berpakaian tebal untuk meningkatkan suhu badan. Hal yang sama berlaku apabila anda siram air sejuk pada badan, saat itulah suhu badan akan meningkat secara automatik seterusnya meningkatkkan tahap metabolisme dengan pantas selain karbohidrat dan lemak turut dibakar bagi membuat badan terasa hangat.



4. Menyihatkan Kulit & Rambut
Tiada lagi jerawat dan kulit kusam! Air sejuk sememangnya membantu untuk menutup liang pori yang menjadi punca kehadiran jerawat. Air sejuk juga berfungsi menguatkan rambut dan mengelak dari kekotoran.

5. Melegakan Lelah
Mungkin di kalangan anda juga tidak mengetahui bahawa air sejuk dapat membantu melegakan pernafasan dan merawat sesak nafas. Malah, sekiranya anda mengalami masalah untuk tidur, cara ini juga dapat membantu anda untuk tidur dengan lebih lena.

Selain daripada lima kelebihan di atas, kajin lain telah membuktikan bahawa air sejuk sememangnya membantu membendung pelbagai penyakit dan masalah harian. Oleh itu, kepada nada yang mungkin sudah terbiasa menggunakan air panas/suam, boleh cuba untuk menukar rutin harian tersebut.

Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : Smallcrab.com