Kita alihkan perhatian mengenai ketegangan yang berlaku antara kerajaan Malaysia dan Korea Utara dengan menjenguk fakta-fakta menarik tentang negara itu.

Jika di Korea Selatan terkenal dengan budaya K-Pop, bagaimanakah pula industri hiburan di negara Korea Utara khususnya di ibu negara Pyongyang.

Berikut dikongsikan 10 fakta menarik tentang Korea Utara.

1. Pelancong tidak boleh menggunakan mata wang Korea Utara

Mata wang Korea Utara adalah Won namun pelancong dilarang menggunakan mata wang tersebut. Malah, pelancong juga tidak dibenarkan membeli-belah di gerai tempatan di sana. Begitu juga pusat beli-belah, pelancong tidak dibenarkan berbelanja melainkan mendapat izin terlebih dahulu.


Kredit foto: AP

Sekiranya mahu membeli cenderamata, pelancong akan diiringi ke Kedai Buku Bahasa Asing yang hanya menjual poskad, setem dan buku karangan KimJong Il.

2. Wanita Korea Utara suka pakai kasut tumit tinggi

Para wanita di Korea Utara sangat gemar memakai kasut tumit tinggi ketika sedang bekerja mahupun bersiar-siar. Bahkan, wanita yang bertugas sebagai tentera di negara tersebut suka menyarung kasut tumit tinggi.

Paling menarik, wanita yang bertugas di tapak bangunan juga memakai kasut tumit tinggi.


Kredit foto: CNN

3. Penduduk Korea Utara minat The Beatles

Sebagai negara komunis, penduduk di Korea Utara cenderung untuk patuh kepada peraturan. Di sebaliknya, penduduk negara itu sangat suka menyanyi.

Menurut penelitian CNN Travel, mereka menyimpan koleksi lagu antarabangsa terutama dari negara barat dan sering menyanyikan lagu-lagu daripada band The Beatles seperti Hey Jude dan Yellow Submarine. Celine Dion juga antara artis yang diminati di negara itu.


Kredit foto: NY Daily News

Korea Utara juga dalam pada itu memiliki girlband Moranbong yang ditubuhkan oleh pemimpin negara mereka, Kim Jong Un pada tahun 2002. Mereka merupakan girlband pertama di Korea Utara.

4. Kereta api bawah tanah sedalam 100 meter

Salah satu pengangkutan utama di negara itu adalah kereta api bawah tanah (metro). Sistem metro negara itu mempunyai dua jalur dan melalui 17 buah stesyen terutama di ibu negara Korea Utara, Pyongyang.


Kredit foto: The Sun Co

Semua kereta api bawah tanah di sana dibina pada kedalaman 100 meter dari aras tanah.

Tanpa ada sebarang papan iklan, dinding-dinding kereta api bawah tanah di Korea Utara hanya dicat putih.

5. Budaya berbaris

Budaya yang masih diamalkan di Korea Utara hingga sekarang adalah sistematik dan rapi terutama dalam urusan berbaris. Tidak kira masa, ketika menaiki bas atau menunggu giliran, mereka akan beratur menjaga barisan masing-masing.

Walaupun bukan tentera, penduduk di negara itu sudah dilatih sejak kecil untuk membentuk barisan yang cepat dan rapi dalam masa cuma seminit.


Kredit foto: Getty Image

6. Suka bermain bola tampar

Sukan kegemaran penduduk Korea Utara adalah bola tampat. Biasanya aktiviti beriadah itu dilakukan pada waktu makan tengah hari.

Walaupun tempat untuk mereka melakukan sukan terbabit tidak disediakan dalam jumlah yang banyak di sana, mereka akan memanfaatkan penggunaan tempat parkir kenderaan. Selain bola tampar, bergusti juga menjadi sukan pilihan di sana.


Kredit foto: Reuters

7. Susahnya menggunakan telefon pintar

Sejak tahun 2013, Korea Utara mengizinkan pelancong asing membawa masuk telefon pintar. Namun, hanya dibenarkan menggunakan kad sim setempat yang boleh didapati di lapangan terbang.

Kad sim yang hanya boleh dipakai selama dua minggu itu bernilai 66 USD (RM293.70).


Foto kredit: Business Insider

Malangnya kad sim itu hanya boleh digunakan untuk menghubungi nombor luar negara dan tidak dibenarkan berhubung dengan nombor penduduk tempatan.

8. Tidak ada orang bersiul

Di negara itu tidak ada sesiapa boleh bersiul. Ketika salah seorang aktivis antarabangsa, Ian Scot bertanyakan hal itu kepada pelajar sekolah di sana, mereka menjawab bersiul dianggap tabu di Korea Utara.

9. Siaran televisyen menayangkan permainan video

Ada sebuah saluran televisyen yang khusus untuk menyiarkan permainan video yang dipanggil Paduk. Ia merupakan sebuah permainan video yang mirip seperti catur.



Selain itu, ada saluran televisyen yang hanya menayangkan kegiatan remaja bermain permainan video.

10. Tidak boleh menggunakan pisau

Di Korea Utara, penduduk sana tidak menggunakan pisau untuk memotong bahan makanan seperti daging, sebaliknya mereka menggunakan gunting panjang.

Kata mereka, mengguna gunting panjang lebih mudah berbanding pisau.


Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Detik Travel, CNN Travel, Reuters