Pelakon Korea, Lee Dong Wook akui senang bekerjasama dengan aktor Gong Yoo menerusi drama popular Goblin.

Menurut Lee Dong Wook, 35, tidak sukar untuk mewujudkan keserasian bersama Gong Yoo memandangkan mereka merupakan sahabat baik.

“Saya dan Gong Yoo dah kenal antara satu sama lain dan kami menjadi semakin rapat apabila terlibat dengan latihan khidmat tentera pada waktu yang sama.

“Tetapi apabila berlakon dengan sahabat baik memang akan rasa sedikit pelik tetapi dia memberitahu supaya saya berlakon dengan sepenuh hati.

“Saya berasa begitu seronok sepanjang penggambaran Goblin, saya rasa itu mungkin disebabkan kerana kami memulakan konversasi dengan jujur dan menyokong antara satu sama lain.

“Rasa amat puas hati dapat berlakon dalam drama yang direka oleh penulis skrip, Kim Eun Sook,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lee Dong Wook kini sibuk membuat persiapan bertemu peminat untuk siri jelajah Asia, 4 My Dear ditujuh buah negara iaitu Korea, Taiwan, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Thailand dan Jepun bermula 12 Mac ini.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Soompi