Selepas sah bercerai dengan bekas suami pada pertengahan tahun lalu, aktres terkenal Bollywood, Karisma Kapoor kembali menjalinkan hubungan cinta.

Bercinta dengan seorang ahli perniagaan Sandeep Toshniwal, Karisma memperkenalkan kekasihnya secara rasmi kepada ahli keluarga dan sahabatnya secara rasmi beberapa hari lalu.

Menurut laporan portal Pinkvilla, Karisma telah membawa Sandeep ke majlis makan malam yang dianjurkan oleh Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan.

Hadir bersama ke majlis tersebut, pertemuan tersebut menjadi pertemuan rasmi pertama Karisma memperkenalkan kekasihnya selepas menyembunyikan hubungan mereka sebelum ini.

Karisma dan Sandeep dilaporkan telah menjalinkan hubungan selama dua tahun. Hubungan tersebut dikatakan bermula ketika perkahwinan Karisma sedang mengalami krisis.

Terdahulu, Karisma mendirikan rumah tangga dengan Sunjay Kapur pada September 2003 dan dikurniakan dua orang anak, Samiera, 12 dan Kiaan Raj, 7.

Pada 2014, Karisma dan Sunjay memfailkan penceraian atas persetujuan bersama dan penceraian mereka disahkan pada September 2016.

Olahan oleh: Kamaruddin Razal
Sumber & Foto: Pinkvilla