Ha! Miss K kembali dengan gosip terbaru! Kali ini, Miss K mendapat khabar dari seorang informer bernama Siti.

Menurut Siti, dia terserempak dengan seorang artis ini di sebuah restoran sekitar Damansara. Ceritanya begini, masa Siti mula-mula sampai di restoran tersebut, Siti tak perasan sangat kehadiran artis tersebut.

Dia cuma melihat ada sepasang kekasih yang sedang asyik makan di bahagian luar restoran sambil berbual mesra. Seorang wanita Melayu bersama seorang jejaka berketurunan Cina.

“Miss K, lepas aku selesai makan, aku pun nak baliklah. Bila nak balik tu, aku kena lalu tepi pasangan kekasih tu. Bila aku terpandang muka wanita tersebut, hati aku mula berbisik, eh, muka macam familiar.

“Aku sempat melihat dua tiga kali agar aku tak tersalah pandang. Sah, wanita itu merupakan seorang artis, tapi mukanya nampak sedikit berbeza kerana tidak mengenakan solekan. Tapi suara, gaya cakap, semua sama.

“Masalahnya Miss K, artis wanita tu dah kahwin, dah mempunyai suami! Aku pun tak berani nak kata apa, mungkin jejaka Cina kacak itu hanya sekadar kawan baik dia, atau pun mereka benar-benar sedang keluar dating? Mereka kelihatan sangat mesra berbual-bual, seperti pasangan kekasih,” kata Siti.

Hmmm.. Sebelum ini pun Miss K terdengar yang perkahwinan yang dibina oleh artis wanita ini sedang goyah. Tapi tak tahu pula apa sebabnya. Apa-apa pun, Miss K harap agar artis terbabit lebih menjaga perlakuan.

Tak baik orang lain lihat anda bermesra dengan lelaki lain, berdua-duaan di tempat awam. Banyak mata memerhati! Kalau jejaka itu sekadar kawan, lebih baik lepak beramai-ramai, tak menimbulkan kata-kata negatif.

Miss K: Jangan lupa tonton drama terbaru Dia Bidadariku lakonan Hisyam Hamid dan Erra Fazira bermula malam ini (6 Mac), setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!