Seorang kanak-kanak yang berasal dari Fillipina, Elha Nympha, 12, telah memukau jutaan penonton ketika mendedangkan lagu nyanyian asal Sia, ‘Chandeliar’.

Video nyanyian Elha mula mendapat perhatian ramai dan tular di laman sosial.

Menariknya, vokal hebat Elha turut membuatkan pengacara dan pelawak terkenal Amerika Syarikat, Steve Harvey terpaku.

Persembahan penyanyi cilik yang pernah menyertai pertandingan The Voice Kids (Season 2) di Filipina itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook ‘Little Big Shots’ dan telah mendapat tontonan lebih 34 juta kali sejak semalam.

Kebanyakan penonton yang telah menonton video itu berpendapat bahawa Elha merupakan seorang penyanyi hebat sehingga ada di antara mereka yang menganggapnya setaraf Mariah Carey dan Celine Dion.

Fakta menarik lain tentang Elha ialah, dia pernah berhasrat untuk menyertai program The Voice Kids musim pertama pada 2014, namun gagal melayakkan diri.

Selain itu, Elha juga telah memiliki sebuah album bertajuk ’Elha’ yang diterbitkan pada tahun 2016.

Menerusi rancangan ‘Little Big Shots’ yang dihoskan oleh Steve Harley, Elha dikatakan tidak perlu melalui peringkat uji bakat kerana salah seorang daripada krew produksi program itu telah menonton video nyanyiannya semasa di ’The Voice Kids Philippines’.

Gempak kongsikan kepada anda persembahan Elha di rancangan ’The Little Big Shots’:



Teks Oleh : Izzat Ridzwan