Pelakon Hollywood Emma Watson telah dikecam teruk kerana tidak memakai coli ketika menjadi penghias kulit majalah Vanity Fair, edisi Mac.

Aktres yang popular menerusi filem Beauty and The Beast dan Harry Potter itu telah mendapat hentaman hebat pembaca apabila fotonya memakai kardigan kait yang mendedahkan bahagian atas tubuhnya, tersebar.



Berikutan penyebaran gambar tersebut, rata-rata pengguna laman sosial mula mengkritik Emma sebagai seorang feminism kerana terlalu berani menayangkan tubah badannya sedemikian.

Antara komen pengguna laman sosial ialah:



Walaupun mendapat tentangan daripada segelintir pihak, namun peminat tegar Emma Watson tampil membela pelakon itu dengan memberi sokongan penuh terhadapnya:



Bagaimanapun Vanity Fair mempunyai alasan tersendiri menghasilkan gambar tersebut.

Menurut Vanity Fair, topik utama mereka pada edisi kali ini ialah ‘metamorphosis from child star to leading woman’ dan ia dirasakan amat bersesuaian dengan imej Emma.

Sementara itu Emma turut memberi kenyataan bahawa dirinya telah berubah daripada seorang gadis kepada seorang wanita selepas menjalani sesi fotografi tersebut bersama Vanity Fair.

Teks Oleh : Izzat Ridzwan