Isteri kepada penyanyi Justin Timberlake iaitu Jessica Biel akui mempunyai tabiat pelik iaitu makan di dalam bilik mandi

Menerusi satu entrinya di dalam Instagram dia telah memuat naik foto sekeping pinggan kosong dan garfu serta secawan kopi bersama pancuran air yang diletakkan pada bahagian sudut bilik mandi.

Jessica kemudian mengakui dia makan di dalam bilik mandi tersebut menerusi kapsyennya.

Dalam masa sama dia mencabar pengikut laman sosialnya untuk mencuba perkara yang sama sepertinya.

Berikut merupakan kaspyennya:

Yes. I eat in the shower. I admit it.Chicken apple sausage and espresso.Try it. I dare you.

Yes. I eat in the shower. I admit it. Chicken apple sausage and espresso. Try it. I dare you. #ShowerEats

A post shared by Jessica Biel (@jessicabiel) on


Foto yang mendapat lebih 600 komen dan 23 ribu likes itu mengundang banyak persoalan daripada peminat sekaligus menyifat ia satu perkara luar biasa.

Ada juga yang mengkritik kerana umum mengetahui bilik mandi adalah tempat untuk membersihkan diri.