Pelakon Aaron Aziz, teruja apabila terpilih untuk membintangi filem tamil bersama pelakon terkenal, Jayam Ravi.

Filem yang bakal dibintangi Aaron berjudul Tik Tik, adalah arahan arahan pengarah popular Shakti Rajan.

Menurut Aaron, tawaran berkenaan dianggap sebagai peluang keemasan untuk memperolehi pengalaman dan menambah profil kerjaya seni.

"Saya akan berada di India selama 24 hari untuk menjalani penggambaran.

"Saya juga berasa amat bertuah kerana dipilih untuk membintangi filem diarahkan oleh pengarah terkenal seperti Shakti Rajan dan diuruskan oleh pihak pengurusan daripada Thaaraz Global.

"Meskipun tidak memegang watak utama, saya berasa bersyukur kerana ia merupakan medan yang baik untuk mencari pengalaman, selain menambah profil saya sebagai pelakon.

"Perkara ini juga merupakan satu kejayaan besar dalam karier kerana kali pertama saya berlakon untuk filem tamil di India dan ia pengalaman yang mungkin tidak akan di lupakan," katanya kepada Gempak.

Aaron berada di India ketika dihubungi.