Penyanyi veteran popular 60 an dan 70 an, M. Ishak atau Mohamed Ishak Shaik Mohamed menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Singapura kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Menurut rakan seperjuangan Allahyarham, Datuk A. Rahman Hassan, jenazah akan dikebumikan di Kota Singa itu selepas solat Jumaat hari ini.
Allahyarham merupakan seorang penyanyi yang cukup popular dengan lagu 'Yale Yale' itu dikatakan telah menerima rawatan awal di Hospital Tan Tock Seng sebelum ini kerana kanser paru-paru.
Gempak mengucapkan salam takziah kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat Allahyarham.