Pelakon Nazim Othman seolah-olah mahu meminta semua orang berhenti bertanyakan tentang Bella Dally, selepas dia memuat naik dua keping foto bersama isterinya itu di Instagram (IG)

Menerusi entri pertamanya, Nazim telah menulis kapsyen;

Dah boleh-boleh la berhenti tanya mana Bella kan? Hahaha...~

Sementara sebuah lagi entri, Nazim memuatnaik foto mesranya bersama Bella di tepi pantai dan menerusi kapsyen yang ditulis, Nazim memberitahu mereka ada cara tersendiri dalam perhubungan.

Together, we become powerful in our own ways.

Terdahulu, timbul spekulasi mengatakan rumahtangga mereka sedang bergolak selepas Bella memadam semua gambar Nazim di IG akaun miliknya.

Pasangan ini telah bernikah pada 10 September tahun lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal