Bakal isteri kepada pelakon, pengarah dan penerbit Datuk Hans Isaac, Gabriella Robinson mengemukan saman fitnah terhadap bekas kekasihnya, Robin Coenrad.

Perkara tersebut telah didedahkan Robin menerusi akaun sosial Facebook (FB)nya, kira-kira pukul 11 malam tadi (Rabu) dengan memuat naik surat saman yang diterimanya daripada Gabriella.

Menerusi surat yang dihantar kepadanya, Gabriella telah menyatakan beberapa dakwaan Robin yang berunsur fitnah.

Robin bagaimanapun telah memadam surat tersebut daripada akaun FBnya, beberapa jam kemudian.



Terdahulu, Robin menerusi salah sebuah entri di FB mendakwa dia merupakan teman lelaki Gabriella dan masih bersama bekas ratu cantik itu ketika Hans melamarnya sebulan yang lalu.

Robin turut meluahkan kekecewaanya sejurus mendapat tahu berita perkahwinan wanita itu bersama Hans semalam, dan mendakwa Gabriella baru sahaja meluangkan masa bersamanya beberapa hari lalu.

Gabriella juga dikatakan telah menipu Robin ketika kunjungannya ke Singapura asih betempoh hari.
Malah dalam posting itu juga, Robin tertanya-tanya jika Hans mengetahui kewujudannya sebagai teman lelaki Gabriella ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta sejak setahun lalu.



Sementara itu, Hans telah tampil membela bakal isterinya menerusi sebuah kenyataan di Instagram dan FB.

Hans Isaac menjelaskan bahawa hubungan bekas kekasih bakal isterinya itu telah pun berkahir bertahun lamanya malah tindakan lelaki berkenaan seolah oleh ingin menjatuhkan maruah wanita yang bakal menjadi permaisuri hidupnya itu.



Walau apapun, diharapkan perkara ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak.