Tercalon Couple MeleTOP, Marsha Throwback Video Kahwin

1 Mac 2017. 8.00 PM
24,072
Hiburan
Tercalon Couple MeleTOP, Marsha Throwback Video Kahwin

Pelakon dan penyanyi Marsha akui terkenang kembali detik perkahwinannya bersama suami, Mohamed Shaiful Nizam.

Momen indah itu dikongsi oleh Marsha di akaun Instagram (IG)nya sebaik saja mengetahui tercalon dalam Anugerah MeleTOP ERA 2017 (AME2017) bagi kategori Couple MeleTOP.

Video pernikahan tersebut dimuatnaik oleh Marsha sebentar tadi beserta kapsyen:

"Tetiba terflashback balik time nikah bila dapat tahu tercalon #couplemeletopame2017 hehe thanks so much for the thought everyone.

"Tercalon ke tidak it doesn't matter but what matter most is cherishing each other through thick and thin! Much love to mr hubby @sepol_ali," tulisnya.

Untuk mengundi Marsha dan calon-calon lain, layari laman web www.anugerahmeletopera.com.my.

AME 2017 bakal berlansung pada 23 April depan, jam 9 malam bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

AME 2017 akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123)dan Astro on the Go.


Artikel Berkaitan


Komen