Negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air apabila seniman Tan Sri Jins Samsudin, 82, menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.

Allahyarham dikatakan meninggal dunia di Klinik Idham, Taman Melawati, 5.45 petang tadi.

Pemergian Allahyarham telah disahkan Persatuan Seniman Malaysia menerusi sebuah kenyataan.

Menerusi kenyataan tersebut, Seniman turut memaklumkan akan memberi maklumat lanjut dari semasa ke semasa.

Takziah dari Astro Gempak kepada keluarga Allahyarham dan kami menganggap kehilangan ini adalah kehilangan yang sangat besar oleh seluruh industri seni Negara..

AL-FATIHAH