Konflik yang berlaku di antara Nikita Mirzani dan Julia Perez dikhabarkan sudah mulai reda.

Menurut laporan Kapan Lagi, Nikita Mirzani dikatakan bakal menarik semula laporan polis yang telah dibuat terhadap penyanyi Julia Perez.

"InsyAllah saya akan menarik semula laporan polis yang telah dibuat ke atas Julia Perez dalam masa terdekat ini.

"Sebenarnya saya tidak pernah marah mahupun berdendam dengannya meskipun saya pernah dituduh mengasari pembantunya.

"Namun, ini mungkin cara terbaik yang boleh saya lakukan untuk tidak menambah penderitaan dialami Julia," katanya.

Tambah Nikita, dia merancang untuk melawat penyanyi itu dan memberi sokongan terhadap Julia.

Terdahulu, Julia pernah menuduh Nikita dan teman lelakinya memukul pengurusnya, Luck.

Tuduhan tersebut dinafikan Nikita dan telah membuat laporan polis terhadap Julia dengan mendakwa penyanyi tersebut cuba untuk memfitnah dan mencemarkan nama baiknya sebagai seorang selebriti.

Julia kini sedang terlantar di hospital akibat kanser serviks.