Anggota kumpulan I.O.I. Jeon Somi mendedahkan hubungan cintanya terputus dipertengahan jalan kerana bekas kekasihnya itu bercinta dengan rakan baiknya.

Somi mendedahkan perkara itu ketika ditemubual menerusi program Unnie's Slam Dunk baru-baru ini.

Menurut Somi, dia tidak berasa dikhianati sebaliknya mendoakan hubungan mereka berdua sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Saya pernah bercinta sebelum ini tetapi hubungan itu hanya bertahan selama seminggu sahaja.

“Alasannya kerana saya tidak memenuhi kriteria wanita idamannya dan selepas putus saya terus tidak menghubungi antara satu sama lain.

“Tidak lama selepas itu saya diberitahu bahawa bekas kekasih saya itu kini bercinta dengan sahabat baik saya.

“Boleh dikatakan sahabat baik kerana kami berdua sering keluar bersama.

“Tak mengapalah, walaupun saya dan dia pernah jalinkan hubungan selama seminggu saya tetap mendoakan kebahagiaan mereka.

“Semoga hubungan anda bersama rakan saya kekal berpanjangan dan sentiasa bahagia,” katanya.

Dalam pada itu, selepas episod tersebut ditayangkan, peminat meluahkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa Somi dan berasa kagum dengan sikap wanita itu yang sentiasa positif.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Koreaboo