Pelbagai konflik telah timbul apabila kumpulan Beast mengambil keputusan untuk keluar daripada Cube Entertainment.

Koreaboo melaporkan mereka telah mengambil keputusan untuk menukar nama kumpulan itu kepada Highlight selepas tidak mahu lagi memanjangkan perbalahan dengan bekas syarikat pengurusan terdahulu.

Mereka dikatakan gagal mendapatkan persetujuan daripada pihak penggurusan terdahulu untuk terus kekal menggunakan nama Beast.

Ahli kumpulan yang dianggotai oleh Doo Joon, Jun Hyung, Yo Seob, Gi Kwang dan Dong Woon kini telah mempromosikan diri mereka dengan menggunakan nama Highlight di akaun sosial media masing-masing.

Berita mengenai perkara ini telah disahkan oleh pihak pengurusan baharu mereka iaitu Around Us Entertainment.

Terdahulu, kumpulan itu dikatakan tekad untuk keluar daripada pihak pengurusan lama selepas mengalami masalah dan mula bergerak sendiri pada Oktober tahun lalu.