Pelakon Idris Khan menjelaskan hubungannya bersama pelakon Ammar Alfian tidak lagi rapat seperti dahulu.

Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar, 28, berkata, mereka sekarang ini sibuk dengan kerjaya masing-masing dan memilih untuk membuat haluan sendiri.

"Kami ada berhubung, tetapi tidaklah sekerap dulu kerana masing-masing mempunyai kehidupan sendiri.

"Lagipun Ammar juga sudah berkahwin jadi sudah pasti dia banyak menghabiskan masa untuk bersama isteri.

"Saya juga sibuk dengan lakonan dan banyak menghabiskan masa di set pengambaran sahaja," katanya kepada Astro Gempak.

Idris berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran mesin laser Picoway, di Aloft, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdahulu, nama Idris menjadi kontroversi selepas penyebaran beberapa keping foto bogel seorang lelaki dan wanita miripnya dan pelakon Atikah Suhaime.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi