Bintang Titanic iaitu Bill Paxton, 61, disahkan meninggal dunia, Sabtu lalu akibat komplikasi pembedahan.

Berita mengenai kematian pelakon filem Apollo 13 itu diumumkan oleh pihak keluarga pada Ahad.

"Semangat Bill dalam industri seni jelas diketahui oleh mereka yang mengenalinya dan kemesraan serta kesungguhannya tidak dapat dinafikan," kata kenyataan itu.

Keluarganya turut meminta supaya tidak diganggu buat masa ini.

Paxton yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat mula bekerja dalam jabatan seni untuk filem Roger Corman pada zaman 70-an sebelum mendapat peluang berlakon.

Aktor itu kerap kali menjadi pilihan pengarah, James Cameron pada zaman 80-an dan 90-an.

Paxton meninggalkan isteri keduanya, Louise Newbury yang sudah dikahwininya selama 30 tahun serta dua anak, James dan Lydia Paxton.

Perkahwinan pertamanya dengan pelakon Kelly Rowan berakhir dengan perceraian.

Sumber: New York Daily News