Bapa kepada Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah akui terkejut apabila menantunya, Shuib menyatakan hasrat untuk mengadakan majlis persandingan selepas enam tahun mendirikan rumahtangga.
Penyanyi dan pelakon era 80-an itu berkata dia menganggap perkahwinan mereka sudah lama selesai , bagaimanapun tidak pernah menghalang niat Shuib untuk mengadakan sebuah majlis resepsi sempena perkahwinannya yang diadakan semalam.
"Saya anggap perkahwinan mereka sudah lama pun selesai. Malah Shuib tiada hutang apa-papa majlis pun dengan saya kerana apa yang kita rancang sebelum ini sudah pun selesai.
"Yang penting nikah dan kami sudah adakan majlis pernikahan itu dengan sempurna dan sederhana sebelum ini.
"Saya terkejut juga bila Shuib beritahu hendak bersanding tetapi saya tiada halangan untuk itu dan hanya menyokong apa yang mereka hendak lakukan.
"Bagi saya, saya sudah cukup gembira apabila dikurniakan tiga orang cucu hasil enam tahun perkahwinan mereka.
"Ia sangat bernilai," katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui di majlis persandingan anaknya di Bora Ombaik, Marina Putrajaya semalam.
Majlis resepsi itu diadakan sebagai melunaskan janji Shuib kepada isterinya sekaligus sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.
Tiada lain harapan seorang bapa, Raisuddin hanya mahu melihat anak dan menantunya bahagia selamanya.
"Apa-apa yang mereka hendak lakukan pun kebahagian dalam rumahtangga itu yang penting.
"Saya sentiasa mendoakan agar mereka suami isteri kekal bahagia hingga akhir hayat," katanya lagi.
Majlis persandingan mereka dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua mempelai serta sahabat handai dan rakan artis.
Antara rakan artis yang hadir adalah Jep Sepahtu, Sari Yanti, Shaheizy Sam, Syatila Melvin, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Datuk M.Nasir, Datin Marliah Musa, Datuk Yusof Haslam, Rahim Sepahtu, Sharifah Shahira, Zizan Razak dan ramai lagi.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Mon Feb 27 2017
Wan Raja ‘Inform’ Isteri Jika Perlu Lakon Babak Romantik - “Saya Bukanlah Kena Minta Kebenaran…”
Baguslah begitu.
Sherry kena pressure masak lauk kenduri? | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP9
Sherry boleh ke masak lauk kenduri ni? Apa lagi lah yang Datin Malia akan marah. Hahaha. Jom layan!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Malia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Malia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Zoey Rahman Terkejut Mass Factor Tangkap Cintan, Anggap Sebagai Bestie Saja - "Seminggu Kenal, Belum Jumpa, Ajak Couple"
Baru seminggu kenal terus jatuh hati.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Godzilla x Kong The New Empire
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Penyanyi Rap Suara Persis 'Seksaan Kubur' Nyahaktif Akaun X, Tulis 'I Quit' Di Spotify!
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila tular sepotong video yang memaparkan seorang penyanyi rapper wanita terjerit-jerit ketika membuat persembahan di atas pentas.
Tom & Fuad Rahman Umum Nama Anak - “Wah Bapa Orang Singapura Ada Anak Malaysia”
Wah sedap nama anak Tom & Fuad.
Dituduh Perniagaan Merudum, Ini Jawapan Chef Ammar - “Aku Yang Founder, Aku Yang Godfather, Aku Yang King”
Peniaga beriani, Chef Ammar menjawab spekulasi orang ramai mengenai prestasi perniagaan Beriani Lamb Shank miliknya yang didakwa telah pun merudum.
Video Pelekat Bentuk Tapak Kaki Tertera Kalimah Allah Viral Balik, Ini Respon MR DIY
Keterangan pihak MR DIY
Tiada Lagi Koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini Tahun Depan! - "Kami Rasa Inilah Masanya ..."
Koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini merupakan tahun terakhir.
Nadia Brian Sebak Dengar Penjelasan Ustaz Izhar Nazri Mengenai Kemaafan - “Allah Minta Kita Untuk Memaafkan Tapi…”
Menitis air mata Nadia dengar penjelasan ustaz.