Tema Baju Tidur, Malam Berinai Shuib, Siti Sarah Meriah

26 Februari 2017. 7.00 AM
488,856
Hiburan
Tema Baju Tidur, Malam Berinai Shuib, Siti Sarah Meriah
Pasangan Shuib dan Siti Sarah diraikan dalam sebuah majlis malam berinai di dikediamannya terletak di Puchong, malam semalam.

Majlis malam berinai itu diadakan dengan penuh meriah bertemakan baju tidur.

Bukan sahaja Shuib dan Siti Sarah sahaja yang memakai baju bertemakan baju tidur , malah tetamu yang hadir turut memeriahkan majlis dengan mengikut tema pada malam itu.

Rakan artis turut memeriahkan majlis malam berinai mereka iaitu Ozyln Wati, Fasha Sandha, Mark Adam dan ramai lagi.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis persandingan mereka esok di Bora Ombak, Putrajaya.

Shuib dan Sarah berkahwin pada  26 Februari 2011 dan majlis persandingan serta resepsi itu akan dibuat pada tarikh yang sama bersempena meraikan ulang tahun ke-6 perkahwinan mereka.

Berikut merupakan foto-foto disekitar majlis malam berinai:

Artikel Berkaitan


Komen