Bekas anggota Running Man, Kang Gary membotakkan kepala sempena hari lahirnya yang ke-39.

Perkara itu didedahkan oleh Gary atau nama sebenarnya Kang Hee Gun menerusi foto terbaru yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.

Foto tersebut menunjukkan Gary sedang berehat di atas sebuah kerusi panjang dengan kepalanya yang botak.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen foto tersebut rata-rata peminatnya memberikan komen positif selain dihujani dengan ucapan hari jadi.

Teks oleh: Mya Amri