Aktor Lee Dong Wook disahkan bakal jelajah tujuh negara Asia untuk acara bertemu peminat mulai Mac ini.

Agensi pelakon berkenaan iaitu Starship telah mengesahkan berita tersebut.

Malah menurut pihak Starship lagi akan ada beberapa negara lain yang di tambah di masa akan datang.

"Selain Korea, Lee Dong Wook akan melawat bandar-bandar di negara Asia seperti Taiwan, Singapura, Hong Kong, Thailand dan Jepun untuk jelajah 4 My Dear.

"Namun akan ada beberapa bandar lain yang akan di tambah di masa akan datang," kata King Kong dari pihak Starship.

Bagaimanapun di Seol Korea, tiket untuk sesi bertemu peminat itu telah habis dijual dalam masa seminit selepas dikeluarkan.

Acara bertemu peminat di Seol bakal diadakan pada 12 Mac ini.

Namun untuk jelajah ke negara Taiwan dan Singapura ia akan diadakan pada April.

Manakala bagi jelajah di Hong Kong, Indonesia dan Thailand akan diadakan pada Mei ini diikuti Jepun pada Jun.

Sumber: Kpop Herald