Pengikut laman sosial Instagram (IG) anak kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Ikandar kini mencecah satu juta.

Akaun IG anak sulungnya yang dibuka sejak Yusuf dilahirkan lapan bulan lalu itu telah dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya.

Menerusi entri terkini akuan @theyusufiskandar itu sekeping foto Yusuf telah dimuat naik bersama kapsyen seperti berikut:

"1 million followers all for me and my tummy? Thank you #HairulHanisJunior"

Seperti biasa entri tersebut telah dipenuhi dengan komen-komen yang memuji kecomelan Yusuf yang sedang tersenyum itu.

Akaun IG yang telah memuat naik sebanyak 398 posting itu banyak menceritakan perjalanan si comel itu sejak dilahirkan hingga kini.

Kebanyakkan pengikut gemar mengikut IG tersebut bukan sahaja kerana kecomelan Yusuf malah juga disebabkan tips berguna yang diberikan Hanis untuk para ibu.

Teks oleh Syafiqah Jalal