Tampil mengenakan gigi emas, model terkenal Kendall Jenner telah menjadi perhatian ramai semasa menghadiri London Fashion Week baru-baru ini.

Menurut laporan Huffingtonpost.com, gigi emas Kendall telah menjadi bualan hangat tetamu yang hadir.

Model Victoria's Secret yang berusia 21 tahun itu tampil unik dengan menggayakan gaun berwarna krim serta kasut hitam.

Foto Kendall itu turut dimuat naik oleh rakan baiknya iaitu Gigi Hadid di laman sosial Instagram.

Rata-rata peminat dan pengikut Gigi Hadid amat tertarik dan menanyakan tentang keaslian emas yang terdapat pada gigi Kendall itu.

Namun sehingga kini Kendall dikatakan masih belum memberi penjelasan mengenai keaslian emas pada giginya itu.