Pelakon Hollywood, Lindsay Lohan mendakwa telah ditahan kerana memakai tudung ketika pulang ke Amerika Syarikat.

Menurut laporan nbcnews.com, Lindsay berkata dia ditahan semasa dalam perjalanan ke New York.

"Saya telah ditahan oleh seorang kakitangan lapangan terbang di Heathrow kerana memakai tudung dan mereka meminta pasport saya untuk melakukan pemeriksaan.

"Namun selepas mengetahui nama saya Lindsay Lohan, mereka segera memohon maaf dan kemudian meminta saya menanggalkan tudung yang dipakai," katanya menerusi temubual bersama Good Morning Britain.

Menurut Lindsay, ketika itu dia memilih untuk kekal memakai tudung kerana baru pulang dari Turki.

Namun, pengalaman tersebut telah membuat dia takut setiap kali hendak pulang ke negaranya sendiri.

"Saya berasa lebih tenang apabila memakai hijab, namun saya berasa agak takut jika hendak kembali semula ke Amerika Syarikat," katanya.