Pelakon Fazreen Rafi dipuji peminat sebagai seorang suami yang baik dan 'sweet' kerana sanggup tidur di hospital menjaga isterinya sedang sakit.

Fazreen menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memuat naik sekeping foto sedang tidur di satu sudut atas tempat duduk pelawat di dalam bilik wad isterinya.

Menerusi entri tersebut, Fazreen menulis kapsyen tentang pengalamannya menjaga isterinya yang difahamkan demam viral di hospital sejak tiga hari lalu.

Sementara itu, Fazreen sempat bergurau kenapa tiada hospital yang menyediakan katil bersaiz queen untuk pesakit.

Berikut merupakan entri yang dimuat naik:

Inilah namanya pengorbanan.. hari ke-3 isteriku berada di hospital.. dan 3 hari lah faz tido di sudut itu.. bukan nk cerita faz tdo kt sudut tue tp nk cerita faz dah 3 hari tdo sendiri.. huh kenapalah kt hosp x buat katil queen.. btw masuk hosp pun dpt hadiah ? @porschedesign_my

A post shared by FAZREEN RAFI (@fazrenrafi) on


Rata-rata peminat memuji pengorbanan yang dilakukan Fazreen terhadap isterinya, selain ramai juga yang telah mendoakan semoga isterinya cepat sembuh.

Teks oleh Syafiqah Jalal