Pelakon Indonesia, Baim Wong mengakui mempunyai rancangan untuk mengahwini kekasihnya yang dikenali sebagai Luthya Suri.

Kapanlagi melaporkan, Baim telah membawa teman wanita yang baharu sahaja dikenali sejak enam bulan lalu untuk menghadiri majlis pratonton filem Jakarta Undercover baru-baru ini.

"Insha-Allah doakan sahaja mengenai hubungan kami ini.

"Sudah pasti kami ingin menuju ke arah itu (berkahwin), namun biarlah masa yang menentukan segalanya.

Tambah aktor berusia 35 tahun itu lagi, dia juga telah membawa Luthya berjumpa keluarganya supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain.

Terdahulu, Baim pernah dikatakan bercinta dengan pelakon Elfira Loy, namun dinafikan mereka berdua.