Kumpulan Zero tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Sarawak, khususnya masyakarat Iban yang terkesan dengan persembahan mereka di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2017), Ahad lalu.

Menerusi sebuah video berdurasi 52 saat itu, Atu dengan rendah diri meminta maaf di atas keterlanjuran mereka.

Sementara itu, Sharif berkata, secara jujurnya tidak terlintas kepada mereka untuk mempersendakan pakaian etnik kaum iban.

“Sejujurnya kami tidak terlintas langsung untuk mempermainkan budaya suku kaum etnik Sarawak dan kami amat berharap agak kami dapat dimaafkan.

“Insha-Allah perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi,” katanya dengan rendah hati.

Dalam pada itu, Atu menambah Zero akan lebih berhati-hati dengan kandungan lawak mereka selepas ini dan akan lebih peka.

“Kami akan jadikan perkara ini pengajaran dan diharap untuk minggu-minggu akan datang tidak akan berlaku lagi perkara yang sama,” ujarnya.

Permohonan maaf secara terbuka ini turut dimuatnaik oleh Kumpulan Zero di akaun sosial Instagram masing-masing.

Salam semua... ???????? Kami memohon maaf... @syaiful_zero @sharif_zero @astrogempak @zonlawak #sayabacakomenkamu #pantangmundurkecualianknngis #pantangmundurkecualisygbini #pantangmundurkecualioperasi

A post shared by Minta Tunjuk Ajar (@akueatu) on


Isu membabitkan Zero mula timbul apabila persembahan Zero di minggu pertama MLM 2-17 telah menjadi viral di sosial media dan dikatakan menyinggung perasaan masyarakat negeri Sarawak.

Pakaian tradisional yang dipakai ahli kumpulan Zero, Syaiful mencetus kemarahan netizen.

Bagaimanapun, pihak produksi MLM 2017 sudahpun memohon maaf kepada semua rakyat Sarawak dan masyarakat Iban berhubung perkara tersebut.