Pelakon Ruhainies tidak mengambil peduli komen buruk yang dilemparkan netizen semenjak videonya mencium dan memeluk mesra adik lelaki, viral di laman sosial.

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farihah Zainul Ilyas, 25, hubungannya dengan adik lelaki bongsu, Nul Aiman, 16, memang rapat.

"Saya tak ambil pusing mengenai komen buruk yang diberikan oleh sesetengah pengguna internet yang tidak bertanggungjawab. Bagi saya, perkara tersebut tiada salahnya.

"Semua yang kenal saya tahu mengenai hubungan rapat saya dengan adik dan ahli keluarga lain. Orang yang rapat dengan adik beradik pun akan melakukan perkara yang serupa," katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies juga tidak menyesal memuatnaik video tersebut.

"Mungkin kerana saya seorang pelakon, perkara tersebut dipandang menerusi sudut berbeza. Saya hanya menonjolkan kemesraan dengan adik saya. Orang lain pun akan buat perkara yang sama jika mereka rapat dengan adik mereka.

"Niat saya baik. Saya langsung tidak menyangka yang rakaman video tersebut menjadi satu isu besar yang menjadi pertikaian sesetengah pihak," katanya lagi.

Video yang dikongsi di laman Instagram milik Ruhainies itu memaparkan adik lelakinya mencium pipi sambil memeluk Ruhainies sebelum mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah.

Sumber: Harian Metro
Olahan oleh: Kamaruddin Razal

Takecare sayang @nulaimanzainul_ ❤ semoga mendapat Umrah yang Mabrur ??‍♀️ #lilbrother #kesayangan

A post shared by @ruhainies7 on