Bekas anggota kumpulan 2NE1, Sandara Park akui terpaksa mengubah penampilannya selepas diperli oleh ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon (GD).

Perkara itu didedahkan oleh Sandara atau lebih dikenali dengan panggilan Dara menerusi program Onstyle’s Get It Beauty 2017 yang bersiaran baru-baru ini.

Menurut Dara, usikan GD itu seolah-olah melabelkan dirinya sebagai seorang wanita yang tidak pandai bersolek.

“Saya masih teringat lagi usikan GD yang mengatakan solekan saya nampak berminyak dan melekit.

“Dia juga memerli saya dan berkata tiada lagi pengunjung yang hadir ke kelab malam dengan memakai solekan penuh,” katanya ketawa.

Tambah Dara lagi, selepas kejadian itu dia terus mengambil keputusan mengubah penampilannya untuk nampak lebih neutral.

Terdahulu, Dara dan GD pernah digosipkan bercinta namun menafikan perkara tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanyalah sekadar teman rapat.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Koreaboo