Pelawak dan pengacara MeleTop, Nabil Ahmad mengakui masanya untuk bercuti bersama keluarga terhad kerana sibuk bekerja.

Nabil, 34, berkata kelapangan yang ada untuknya bercuti bersama keluarga hanya pada pertengahan tahun atau hujung tahun, jika bernasib baik.

“Masa untuk bercuti dengan keluarga agak “limited”, tapi bila saya ada peluang bercuti dengan mereka semua saya akan gunakan sebaik mungkin.”

“Kerana bagi saya, itu sahajalah masa yang saya ada untuk lepak dengan family,” katanya.

Tambah Nabil, sepanjang percutian dia akan memastikan anak-anaknya gembira dan tidak meragam.

“Saya yang paling penting anak-anak tak ‘cranky’, saya tengok mereka happy, saya lega. Saya mahu mereka selesa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabil turut berkongsi lima barang penting yang akan dibawanya setiap kali pergi bercuti.

“Lima barang yang isteri saya akan pastikan sebelum kami pergi bercuti ialah lampin dan tisu basah untuk diletakkan dalam kereta untuk kecemasan.

“Susu, plastik dan napkin juga Zira akan pastikan sentiasa ada dalam kereta,” katanya sebelum pergi bercuti baru-baru ini.

Nabil dan Zira serta dua orang anak mereka, Mika dan Medyna baru-baru ini telah bercuti ke Lost World Of Tambun Ipoh yang ditaja oleh Genki!Pants.

Adakah Nabil betul-betul gunakan kesempatan yang diberikan oleh Genki! Pants kepadanya untuk melepak bersama isteri dan anak-anak?

Jangan lupa untuk saksikan WOW Bersama Genki! setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) & Astro Ria HD (saluran 123).

WOW Bersama Genki! dibawakan oleh Genki! Pants pasti mengagumkan si manja dengan keselesaan bagai dilapik kelembutan awan!

Untuk memenangi percutian tiga hari dua malam bersama keluarga, jangan lupa layari laman web: www.astrogempak.com.my/wow-bersama-genki