Penyanyi Zee Avi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, mengakui tidak kisah jika dikatakan memilih dalam menghasilkan sesebuah karya.

Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 30, berkata, dia lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sesebuah lagu kerana ingin menghasilkan karya yang berkualiti.

"Saya rasa tidak kisah jika di label sebagai memilih kerana ia merupakan sesuatu yang bagus bagi seseorang pnyanyi.

"Bagi saya label ini tidak penting asalkan kita sendiri tahu benda yang dilakukan itu bagus atau tidak.

"Saya lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti kerana jika saya menghasilkan sesebuah lagu yang bagus sudah tentu ia akan diingati oleh orang ramai.

"Bagi saya karya dihasilkan mesti mempunyai mesej yang positif dan memberi impak kepada pendengar," katanya kepada Astro Gempak.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi