Kumpulan XOXO menafikan telah menciplak idea sebuah rancangan lawak terkenal di Korea, Gag Concert seperti didakwa netizen.

XOXO ketika ditemui Astro Gempak bagaimanapun mengakui menjadikan program tersebut sebagai bahan rujukan untuk persembahan pertama mereka di pentas Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), malam Ahad lalu.

“Sebenarnya kami bukan merujuk kepada satu sumber sahaja untuk membuat lawak menggunakan kesan bunyi tersebut tapi ada banyak lagi.

“Tidak terlintas difikiran pun untuk meniru mana-mana program, kami membuat rujukan berdasarkan pelbagai sumber termasuklah filem-filem luar negara.

“Berdasarkan rujukan yang dilihat, kami ambil dan jadikan inspirasi serta sesuaikan mengikut jalan cerita dengan kreativiti kami bertiga,” ujarnya.

Minggu bertemakan bebas itu menyaksikan XOXO yang dianggotai oleh Wan, Wan Gegau dan Chot membuat persembahan menggunakan kesan bunyi sambil membuat aksi seiring dengan bunyi yang dimainkan.

Persembahan berdurasi empat minit itu mendapat ‘empat HA’ oleh juri yang berpendapat pembaharuan dan kelainan dibawa XOXO sebagai satu usaha yang baik.

Bagaimanapun, persembahan XOXO telah menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir peminat MLM 2017 yang mendakwa mereka menciplak idea orang lain dan tidak original.

Persembahan mereka dikatakan mempunyai persamaan dengan Gag Concert menerusi segmen Veteran.

Antara komen-komen yan diterima oleh XOXO ialah:





Keputusan akhir menyaksikan XOXO berada di tangga teratas dengan peratusan undian sebanyak 75.57% diikuti dengan ZERO, 64.72% dan BOCEY, 60.83%.

Teruskan mengundi mereka dengan menaip ML3/5/10/20 (NAMA PESERTA) dan hantarkan ke 32777.

Sementara itu undian untuk GMOTM boleh dilakukan di web MLM 2017 (klik di sini).

MLM 2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Royal Teater Shah Alam, setiap Jumaat jam 10 malam dan boleh ditonton menerusi Astro Warna (132), Mustika HD (134).

Program lawak paling popular ini juga boleh ditonton di saluran digital Astro On The GO (AOTG) dan Astro On Demand (AOD) serta secara online di MLM 2017 (klik di sini).

Untuk melihat perbezaan antara persembahan XOXO dengan Gag Concert, tonton video di bawah dan nilai sendiri. Enjoy!






Teks oleh: Mya Amri