Penyanyi Aiman Tino mengaku terkejut apabila dipeluk peminat fanatik setiap kali memenuhi undangan nyanyian.

Aiman mendedahkan sudah beberapa kali dipeluk dan dicium secara tiba-tiba oleh peminat wanita dan itu menyebabkan dia berasa takut.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang situasi yang tidak sepatutnya berlaku itu, Aiman telah berkongsi mengenainya menerusi program Unplugged.

Unplugged sebuah program santai yang menampilkan barisan penyanyi tanah air menyanyikan sama ada lagu baru, lagu lepas gian, cover lagu kegemaran, lagu tribute artis yang mereka minat, atau lagu yang mereka jarang perform.

Kembali dengan musim baru, buat pertama kalinya Unplugged menampilkan Hafiz Suip sebagai pengacara bergandingan dengan Elly Arifin.

Setiap episod menampilkan seorang penyanyi terkenal. Kali ini lebih padat dengan segmen baru yang lebih menyeronokkan.

Lagu yang mereka sampaikan akan diselangi dengan segmen baru tersebut seperti Berita Unplugged, Copy Ori, Ku Terer Muzik, Artis: Kisah 5 Lagu, Pecah Lubang dan semestinya sesi temuramah bersama penyanyi tersebut.

Bagi musim kedua ini, episod pertama Unplugged menampilkan penyanyi viral yang dikenali menerusi lagu Ku Rela Dibenci yang telah mencecah sebanyak 30 juta tontonan di laman youtube, Aiman Tino.

Jangan lupa saksikan Unplugged setiap hari Isnin bermula malam ini, pukul 11 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Malam ini Aiman Tino akan hiburkan anda dengan lagu Ku Rela Dibenci, Permata Cinta dan cover lagu kumpulan Atmosfera, Berakhirlah Sudah.