Pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet telah mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama buat pasangan kembarnya Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia setahun semalam.

Majlis bertemakan Hawaii itu telah diadakan dengan meriahnya di Grand Ballroom The Westin Hotel, Kuala Lumpur.

Sambutan hari jadi yang diadakan dengan cukup meriah itu telah dihadiri oleh saudara mara, rakan rapat dan beberapa rakan selebriti.

Eina dan suami dilihat sedondon mengenakan baju bertema Hawaai sama dengan anak-anak mereka yang comel.

Keletah comel pasangan itu menarik perhatian ramai di majlis yang diadakan secara besar-besaran petang semalam.

Eina turut berkongsi foto-foto sepanjang majlis itu berlangsung di akaun Instagram miliknya.

Berikut merupakan foto yang dikongsi:

harijadianakeinaazman2.JPG
harijadianakeinaazman4.JPG
harijadianakeinaazman5.JPG
harijadianakeinaazman6.JPG
harijadianakeinaazman7.JPG
harijadianakeinaazman8.JPG