Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho, memberi kejutan kepada peminat apabila bakal melancarkan single terbaharunya secara digital pada bulan Mac depan selepas dua tahun tidak aktif sebagai penyanyi.

Menurut laporan Soompi, Min Ho telah mengesahkan perkara tersebut dan telah memperdengarkan lagu yang berjudul Always buat pertama kali di hadapan peminatnya pada majlis The Originality of Lee Min Ho yang berlangsung pada Ahad.

Lagu tersebut merupakan hadiah kepada peminat yang sentiasa menyokong kariernya selama ini.

Terdahulu, Min Ho pernah tampil dengan beberapa buah lagu berjudul My Everything, Song For You dan The Day.