Minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) telah pun melabuhkan tirainya dan tiada penyingkiran berlaku.

Pada minggu bertemakan bebas itu menyaksikan kumpulan XOXO berada di tangga teratas diikuti Zero dan Bocey.

Keseluruhan persembahan di minggu pertama MLM 2017 mendapat maklum balas positif daripada barisan juri, memandangkan ia merupakan ‘pemanas’ pentas kepada semua peserta.

Dalam pada itu barisan juri profesional iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa sempat berpesan kepada semua peserta supaya memantapkan lagi persembahan untuk minggu-minggu seterusnya.

Kepada para peminat setia MLM 2017, Astro Gempak kongsikan kepada anda kedudukan dan markah penuh para peserta minggu lalu:

1) XOXO – 75.57%
2) ZERO – 64.72%
3) BOCEY – 60.83%
4) SHIRO – 59.77%
5) DZAWIN – 58.16%
6) JORAS – 57.99%
7) PUTEH – 57.74%
8) ABIOSO – 56.35%
9) DANIAL – 56.11%
10) MASIN – 51.28%
11) HOBIT – 48.37%
12) MAD – 44.60%
13) NICE – 44.39%
14) PISTOL – 43.74%
15) MAMU – 43.39%



Nampaknya, tidak semestinya peserta yang memenangi GEMPAK Man Of The Match (GMOTM) berada di tangga teratas.

Walaupun Mad (Mad Sabah) dipilih sebagai GMOTM dengan 63% undian, namun jika ada tidak mengundi persembahannya apa sahaja boleh berlaku.

Jika tidak suka dengan markah yang diperolehi peserta kegemaran masing-masing teruskan mengundi mereka dengan menaip ML3/5/10/20 (NAMA PESERTA) dan hantarkan ke 32777.

Sementara itu undian untuk GMOTM boleh dilakukan di web MLM 2017 (klik di sini).

MLM 2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Royal Teater Shah Alam, setiap Jumaat pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi Astro Warna (132), Mustika HD (134).

Program lawak paling popular ini juga boleh ditonton di saluran digital Astro On The G0 (AOTG) dan Astro On Demand (AOD) serta secara online di MLM 2017 (klik di sini).