Pelakon dan penyampai radio Zulin Aziz bakal muncul dengan sebuah single pertama yang berirama bossa balada tidak lama lagi.

Pernah menonjolkan bakat nyanyian menerusi rancangan realiti Juara Parodi tidak lama dulu, Zulin mahu mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

“Selepas dua tahun menangguhkan pelancaran single saya, Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya bakal muncul dengan lagu pertama tidak lama lagi.

“Saya tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang oenyanyi tetapi apabila mendapat tawaran, hati saya berkata ‘why not?’, tak salah jika saya mencuba,” kata Zulin.

Tambah Zulin, kerjayanya sebagai pengacara majlis juga selalu memerlukan dirinya menyanyi sewaktu mengendalikan sesuatu majlis.

“Kalau saya mengendalikan sesuatu acara, kadangkala penganjur mahukan saya menyanyi juga. Saya berfikir yang jika saya selalu menyanyikan lagu orang lain, apa kata saya nyanyikan lagu saya sendiri.

“Saya mencuba bidang ini adalah sekadar suka-suka. Apa salahnya jika saya mencuba, boleh menambah lagi pendapatan saya sebagai selebriti. Saya berharap peminat dapat menerima percubaan saya dalam bidang nyanyian,” kata Zulin lagi.

Sumber: HLive
Olahan oleh: Kamaruddin Razal