Song Eun Yi Mengaku Cium Yoo Jae Suk 80 kali

17 Februari 2017. 8.08 PM
55,037
Hiburan
Song Eun Yi Mengaku Cium Yoo Jae Suk 80 kali
Pelawak Song Eun Yi mendedahkan terpaksa mencium anggota Running Man, Yoo Jae Suk sebanyak 80 kali.
 
Menurut Eun Yi walaupun kejadian itu sudah lama berlaku namun reaksi yang ditunjukkan oleh pengacara nombor satu Korea itu masih segar diingatannya
 
“Kami pernah terlibat dalam satu persembahan yang memerlukan kami mencium antara satu sama lain ketika di permulaan rancangan.
 
“Kami telah melakukan persembahan itu sebanyak 80 kali dan ini bermakna kami telah mencium antara satu sama lain dengan jumlah yang sama,” katanya.
 
Ternyata pendedahan yang dibuat oleh Eun Yi itu mengejutkan tetamu dan juga pengacara program Happy Together 3 yang bersiaran baru-baru ini.
 
Tambah Eun Yi lagi, Jae Suk  tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut walaupun sudah  melakukan babak tersebut berulang kali.
 
“Pada waktu itu, kami berlakon sebagai suami isteri. Yang lucunya, Jae Suk tetap terkejut setiap kali saya membuat cubaan untuk menciumnya,” ujarnya yang merupakan sahabat baik anggota Running Man itu.
 
Olahan: Mya Amri
 
Sumber: Allkpop
 
 

Artikel Berkaitan


Komen