Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber disiasat pihak polis Cleveland selepas didakwa terbabit dalam satu kes pergaduhan lapan bulan lalu.

Menurut laporan TMZ.com, pihak polis telah mengambil keterangan dari Justin berkaitan tuduhan memukul seorang lelaki dikenali sebagai Rodney Canon.

Connon, 34, telah mendakwa dirinya menjadi mangsa kekasaran penyanyi lagu Love Yourself itu ketika berada di sebuah hotel.

Menurut lelaki berkenaan, kejadian tersebut berlaku selepas tamat pertandingan Cleveland Cavaliers yang berlangsung pada 8 Jun tahun lalu.

"Justin telah bertindak di luar jangkaan apabila dia dan pengawal peribadinya datang memukul saya secara tiba-tiba.

"Saya terpaksa bergelut dengan Justin di atas lantai untuk mempertahankan diri daripada dipukul oleh mereka," katanya.