Pengacara MeleTop, Neelofa berharap agar pelakon Sharnaaz Ahmad tidak begitu lantang meluahkan emosi atau isu-isu tertentu di laman sosial.

Neelofa, 28, berkata demikian selepas Sharnaaz ‘menyerang’ pelakon, Fattah Amin di laman sosial Twitter baru-baru ini.

Jelas pelakon itu, Sharnaaz seharusnya mengutuk pihak luar yang melaga-lagakan ke­dua-dua pelakon tersebut sehingga mencetuskan perbalahan di laman sosial.

“Kenapa perlu serang Fattah? Kenapa tidak menyerang orang yang melaga-lagakan mereka? Tak adil untuk Fattah sebenarnya.

“Saya harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana tempiasnya kena pada kami sekeluarga juga. Ambil iktibar dan pengajaran,” katanya.

Neelofa mengulas mengenai kontroversi yang tercetus selepas Sharnaaz bertindak mengutuk kredibiliti Fattah sebagai penulis buku pertamanya 99 Kata-kata #QalifModen oleh Fattah Amin baru-baru ini.

Berikutan insiden itu, peminat mengecam tindakan tersebut dan mengutuk Sharnaaz yang juga bakal suami kepada kakak Neelofa, Noornabila.

Sumber: Utusan Online