Tak Sangka Sepahtu Reunion Live Diminati Ramai – Sepahtu

17 Februari 2017. 3.18 PM
37,552
Hiburan
Tak Sangka Sepahtu Reunion Live Diminati Ramai – Sepahtu

Kumpulan Sepahtu mengakui tidak menyangka ramai yang menyukai program sitkom pertama  mereka, Sepahtu Reunion Live.

Sepahtu berkata, mereka turut berterima kasih kepada para peminat yang telah memberi sokongan selama ini.

“Pada awalnya saya membantah apabila Jep dan Shuib menerima tawaran daripada Astro untuk program ini kerana saya memang tidak yakin.

“Maklum sahajalah program ini disiarkan secara langsung, spontan, tanpa skrip, tanpa rehearsal dan saya beritahu kepada Shuib dan Jep, jangan buat kerja gila.

“Tapi disebabkan keyakinan mereka, saya bersetuju. Tapi bila program dah mula, mereka pula yang risau,” kata Rahim ketawa.

Sementara itu menurut Jep, dia bersetuju untuk menjayakan Sepahtu Reunion Live kerana yakin dengan kemampuan mereka.

“Saya memang sentiasa yakin dengan ahli kumpulan saya kerana mereka memang boleh ‘deliver’ cuma lebih risaukan ketika ‘live’ terlepas cakap perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti orang lain.

“Oleh itu kami rela dijadikan bahan jenaka sesama sendiri supaya tidak menyinggung individu lain,” katanya.


 
Mengulas mengenai cabaran membuat persembahan secara langsung, Shuib memberitahu banyak perkara yang perlu mereka jaga dan atur.
 
"Bukan mudah untuk melakukan persembahan live. Spontan mungkin kami sudah biasa kerana sebelum ini pun show Sepahtu Reunion memang kami lalukukan hanya berdasarkan tajuk dan jalan cerita yang diberi.
 
"Tetapi kali ini, bila ia dilakukan secara langsung perkara paling penting sekali kami perlu titik beratkan adalah timing dan kami memang perlu disiplin dengan masa kerana rehat ketika iklan itu hanya tiga minit sahaja,” ujarnya.

Trio ini juga tidak menolak sekiranya Sepahtu Reunio Live diteruskan untuk musim kedua.

“Insha-Allah, jika ada tawaran kami tidak keberatan. Cuma buat masa sekarang kami mahu memberi fokus kepada program bual bicara Meja Bulat Sepahtu sebelum berehat seketika,” kata Jep mewakili Sepahtu.

Meja Bulat Sepahtu merupakan sebuah program bual bicara santai yang di hos kan oleh Sepahtu Shuib, Jep dan Rahim dengan pelbagai topik menarik dan terkini, bersiaran setiap Rabu, pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Ulangan program Meja Bulat Sepahtu juga akan disiarkan pada hari Jumaat jam 11 malam, Sabtu jam 12 tengah hari dan Ahad jam 6 petang, di saluran sama.