Pelakon Ben Afleck dilaporkan bakal meninggalkan wataknya di dalam filem sebagai Batman.

Menerusi laporan sebuah wawancara, Collider Movie Talk's, John Campea, berkata, Affleck sedang berbincang dengan pihak Warner Bros untuk tidak kembali lagi memainkan peranan sebagai Batman.

"Saya diberitahu Affleck sedang melakukan beberapa perbincangan dengan pihak Warner Bros untuk berhenti membawa watak Batman,"

"Jika mereka benar mengenai berita itu filem terbaharu 'The Batman' akan menjadi filem terakhir Affleck sebagai Batman," kata Campea.

Pelbagai spekulasi telah timbul apabila Affleck melepaskan peranannya sebagai pengarah filem The Batman.

Namun, sehingga kini belum ada kenyataan rasmi baik daripada Affleck sendiri mahupun Warner Bros.