Malam semalam laman sosial Twitter kecoh apabila pelakon dan pengacara cantik Neelofa memuat naik satu tweet yang agak ‘deep’.

Tweet yang ditulis Neelofa pada pukul 11.15 malam tadi berbunyi; “Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga – One bad apple spoils the lot – Seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit. #fikirsebelumtulis.”

Menerusi pemerhatian Astro Gempak, rata-rata pengikut Twitter mengaitkan entri tersebut dengan bakal bang ipar Neelofa, aktor Sharnaaz Ahmad.



Terdahulu Sharnaaz telah memuat naik status di Twitter miliknya dan didakwa menyindir pelakon Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin berkenaan buku 99 Kata Fattah Amin.

Beberapa tweet Sharnaaz juga telah dianggap kasar dan biadap oleh pengikut Fattah Amin dan mereka juga mendakwa tidak suka dengan sikap gangster yang ditunjukkan bakal suami kepada Noor Nabila itu.

Susulan itu, Sharnaaz telah memberikan kenyataan kepada sebuah portal, Fattah Amin tahu sebab mengapa dia tidak puas hati.

Bagaimanapun Sharnaaz enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.