Kakak kepada pelakon Neelofa, Noor Nabila telah mengikuti bakal suaminya, aktor Sharnaaz Ahmad ke sesi latihan menembak baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Nabila semalam menunjukkan Sharnaaz memberikan fokus sepenuhnya ketika menembak sehingga mengenai kesemua sasaran yang ditetapkan.

Disebabkan kehebatan Sharnaaz itu juga, Nabila turut menulis kapsyen sweet yang berbunyi:

“Macam james bond la cik abang sayang i ni ? @sharnaazahmad,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, ruangan komen video tersebut dihujani dengan kata-kata pujian yang diberikan kepada Sharnaaz oleh pengikut IG Nabila.

Kebanyakannya memuji gaya dan teknik menembak Sharnaaz yang tepat mengenai sasaran.

Tidak kurang juga ada yang mengusik bakal pengantin ini dengan mengatakan pelakon itu bersemangat menjalani latihan kerana ditemani insan tersayang.

Sharnaaz dan Nabila bakal melangsungkan pernikahan pada 31 Mac depan di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kuala Lumpur.

Teks oleh: Mya Amri