Walaupun ditawarkan bayaran lumayan, pelakon yang popular menerusi filem Train To Busan, Gong Yoo terpaksa menolak undangan untuk bertemu peminatnya di beberapa buah negara.

Menurut laporan Soompi, Gong Yoo membuat keputusan tersebut kerana tuntutan kontrak dan jadualnya yang padat.

"Gong Yoo terpaksa menolak banyak undangan bertemu peminat di beberapa buah negara Asia dan Eropah kerana sibuk dengan penggambaran untuk filem terbaharunya.

"Biarpun ditawar dengan bayaran yang lumayan namun pelakon itu tidak dapat memenuhi permintaan daripada pihak penganjur kerana jadualnya padat sehingga April depan.

"Ramai penganjur daripada seluruh dunia telah menyatakan minat untuk membawa Gong Yoo ke negara mereka namun kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pihak pengerusannya," kata sumber.

Hong Kong, China, Singapura, Jepun, Taiwan, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia merupakan antara negara yang telah membuat undangan kepada Gong Yoo.