Pelakon Amar Baharin dihujani ucapan tahniah selepas memuat naik video yang menunjukkan perut atau baby bump isterinya Amyra Rosli dalam akaun instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Amar seperti bergurau dengan berkata "Besarnya perut, lapar lah tu baby nak makan"

Sementara Amyra yang sedang mengunyah biskut dalam video tersebut sekadar tersenyum dengan gelagat suaminya itu.

Tidak lama selepas Amar memuat naik video tersebut, dia dan Amyra dihujani ucapan tahniah dan rata-rata percaya ianya adalah baby bump sebenar.

Namun, difahamkan baby bump Amyra itu adalah palsu demi memenuhi watak ibu hamil dalam drama Jadikan Aku Yang Kedua untuk tayangan di Astro Oasis pada Mac ini.

Berikut merupakan entri tersebut bersama komen-komen tersebut:

Haa pregnant pun boleh pakai dress @mekkembangcotton tau ? #JadikanAkuYangKedua #Taqif #Nuha #RashidSibir #Oasis #Repost @dollarlegacy with @repostapp ・・・ peyuuuutttttttttttt #amyramar

A post shared by Mrs Amar (@aamyrarosli) on